Friday 20 July 2012

Tips Melancong Oversea

Posted by Unknown at 5:14 pm
ASSALAMUALAIKUM

ceewah !! alwanis rozi nak bagi tips melancong lah. ha3. Btw, aku tetiba nak buat entry ni sebab dari pengalaman aku sendiri yang 1st time nak ke luar negara aku jadi blank. Alahai cik manis (panggilan bebudak UUM kat aku) kau g thailand ja pun. Bersemangat sungguh aku nak becerita. ahaks^^ 

oh, lupa plak. Bagi sapa2 yang nak tahu pengalaman aku g Thailand ari tu boleh ke entry Trip to Thailand . Mana la tahu tetiba berminat jugak nak ke Phuket especially yang gila shopping, dipersilakan. !  Thailand menanti anda. He2. ok ! ok ! jom ke isu utama. 

Zaman dahulu kala aku bab2 nak packing barang ni memang agak lemah cikit. Bagi aku semua penting. Kadang2 packing barang pun macam nak berpindah randah. Aku memang loser bab2 nak melancong ni. Tak tahu benda apa yang aku should and shouldn't bawak. Tapi bila dah sweet 22 kalau setakat melancong dalam Mesia ni aku agak pro dah la..

Tapi disebabkan luar negara aku TAK PERNAH jejak lagi jadi aku TERfeeling lebih la sikit.. Macam aku g Thailand hari tu penyakit nak sumbat aku mai balikk.. adoyaii.. Jadi nebes semacam jer.. Itu nak bawak ini nak bawak.. Macam nak menetap kat sana jer perasaan masa tu. ha3.. Korang boleh bayang kan betapa kalut malut nya aku ni.. Eh, aku kena bawak apa lagi ni.. Bila buat checklist pun entah apa2 jer aku catit.. sampai iron pun aku nak bawak habaQ hang.. please la redha berkawan dengan aku.. hikhik :) For those yang kenal aku diorang tahu la aku ni agak cerewet jugak bab2 nak g berjalan ni. Tapi alhamdulillah disebabkan mak aku ni pernah ke Bandung dapatlah cikit tips2 bila nak melancong. he3

Disebabkan aku agak free for two months ni aku pun usha2 la tips nak melancong ke oversea.. Dalam hati meronta ronta nak sangat g Korea.. yes ! aku memang peminat tegar k-pop.. Harap maklum, sekian. 

Tips ni aku bagi secara random jer taw. Tak khusus untuk satu negara jer. Asalkan kau pergi oversea boleh la guna tips ni. Lagi pun tips yang aku bagi ni memang WAJIB korang kena ada. Kalau ada tambahan tu atas keperluan masing masing la. Tapi jangan sampai luggage korang terlebih muatan. Kalau sanggup bayar lebih untuk luggage dipersilakan ! i don't care ^^

  • Tiket Flight
Satu kemestian, mesti ada tiket flight, kalau tak dak tiket macam mana hampa nak naik kapal terbang kan. Untuk dapat tiket flight yang murah boleh naik Air Asia tapi hampa kena tempah awal la tak pun masa ada promosi. Now, everyone can fly katanya. Tapi yang jenis kaya raya bila2 hampa nak tempah pun tak pa.

  • Passport
Kalau tak dak passport hai hai bye bye la jawabnya. Kalau boleh 2 minggu sebelum p tu check la tamat tempoh bila. Ini pun sebagai persediaan jugak. Bagi yang 1st time ke oversea boleh p buat kat Jabatan Pendaftaran macam kat tempat aku.

  • Makanan
Bawa sedikit bekalan makanan seperti serunding , biskut , maggie cup , ataupun keropok sebagai kudapan kat sana . Ini sebagai persediaan kalau korang pergi negara yang bukan Islam.  Susah babe nak cari kedai yang betul2 halal. 

  • Ubat ubatan
Bawa juga sedikit ubatan seperti panadol active fast (sakit kepala),  ubat sakit perut (pil chi kit Teck Aun), Ubat tahan muntah (untuk yang mabuk jalan jauh) ,Vicks , minyak cap kapak ataupun balm.Semua ini penting. 

  • Matawang
Tukar duit matawang siap2 sebelum berangkat. Kalau rajin, survey la money exchanger yang offer harga yang reasonable. Walaupun nilai matawang agak tetap, tapi kadang2 ada kedai money exchanger yang tawar harga yang lebih murah. Tapi kalau sesak sangat, dekat airport selalunya ada.

  • Aktifkan Roaming
Kalau korang teringin nak guna henpon time dok oversea kena aktivekan roaming. Kalau korang main redah guna +601**** tu mmg parahlah credit/bil henpon hampa . ! Mahal giler caj telco kat sana. Kalau xmo aktifkan roaming, lebih baik korang beli jer sim kad baru kat negara tu . Save la credit hampa !

  • Toilet
Please jangan ketawa sebab aku bagi tips toilet. Sebab tak semua toilet kat oversea guna 100% ayaQ dalam toilet. Hampa jangan terkejut kalau kat tandas tu cuma ada TISU. Kalau ada ayaQ pun just kat sinki ja untuk cuci tangan so, please please bawak botol ayaQ kosong untuk diisi di sinki untuk dibawa masuk ke dalam toilet.

  • Pakain
Pakaian ni bergantung dengan weather tempat korang nak g. Kalau time tu musim sejuk bawak la sweater, winter coat , stoking yang tebal, mafla dan sarung tangan. Lagi satu kasut better pakai yang jenis tahan lasak like sport shoes or crocs ker.

p/s : Kalau ada yang nak ditambah dipersilakan. Aku pun tak pandai sangat bab2 melancong ni. hehehe

0 Peoples love this entry ^^:

Post a Comment

 

Miss AL Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review