Monday 23 July 2012

Oh ! Kurma

Posted by Unknown at 1:31 pm
ASSALAMUALAIKUM

I dont know why I ended up here, typing some words for this entry. Mungkin sebab aku dah addict dengan blog kot. ampun ! ampun !
Actually, tetiba aku nak berSTORY about KURMA sebab aku bukan lah termasuk dalam golongan yang makan buah kurma especially bila tyme berbuka pose. oh my english ( wat the fish oh my english tetiba ). So, disebabkan my behavior ni la bapak aku suka beleter pot pet pot pet tyme berbuka. Believe me, every year bulan ramadhan bapak aku akan bising dengan aku. haishh ! sob sob  :( tak makan kurma ja pun. Bukan tak baca bismillah. Eleh, itu pun nak bising tuan abah kitew kan ?? hukhuk:( Tapi aku tak lah salahkan bapak aku pun coz i know he wants me ikut sunnah. Lagipun Sunnah is Better than Tradition, right ?

Alhamdulillah, for this Ramadhan aku dah mula berbuka dengan buah kurma and guys guest what my favourite buah sekarang? oho, nope durian although durian still my "raja buah" ; buttttt, Yes ! KURMA. Yup, lately i love to eat KURMA. onyonyonyonyo ^^ hehe:)

Let's wiki bout kurma :)

my favourite kurma, Yusuf Taiyoob

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai pelbagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda SAW. See, Baginda pun suka makan kurma. ^_^

Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :

Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.
(Surah Maryam : 25)

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :

"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air.

(Hadis riwayat Ahmad)


p/s : So, for those yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

0 Peoples love this entry ^^:

Post a Comment

 

Miss AL Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review