Tuesday 25 December 2012

:: Mini ICT ::

Posted by Unknown at 11:47 am 0 Peoples love this entry ^^
ASSALAMUALAIKUM

what ???? uum ada ICT ?? goshhh daebakkk  (in malay mean terbaik) ... y ?? x percaya ker ?? nk bukti ?? ok jap eh .. 

...
...
...
...
....

tadaaaaaaaaaaa ...



seeeeee .. hahahaha .. aku tak tipu kan ?? seem same like the ICT but i just call it as mini ICT .. sebab tmpat ni amat la kecik and ciput jer bunga elektrik tu (dun no wat the exact name) .. but seem nice to me .. look colourful . Actually tempat ni kt my uni .. and the area yang ada lampu lip lap lip lap ni pun cikit . Tapi disebabkan my neighbourhood ( member bilik sebelah aku jerr pun) datang hantar report for her practicum so we decide nak terjah tempat  ni sebagai kenang kenangan. bajet gitewww .. ahaks^^

oh, yang tu namanya Fizah .. Dia tu la neighbourhood aku tu :))

This one my rumate name Ain .. dia ni agaks retis pemalu cikit .. hahahaha .. gosh !! nyesal aku delete retis tu .. haishhh :(( 

Best Of Luck Friends :)
Sayonara :)

:: Final Exam ::

Posted by Unknown at 11:19 am 0 Peoples love this entry ^^
ASSALAMUALAIKUM

helo guys,
Plz pray for me in my final exam for my final semester . really need your DOA and courage to face it :((

I wish to all my freinds especially coursemate in UUM do the best for your final exam as a super senior .. pewitttt @_@

Wish u luck guys :)

p/s : RED warn !!!!!




                      

Wednesday 5 December 2012

Welcome Palestine

Posted by Unknown at 2:48 pm 0 Peoples love this entry ^^
ASSALAMUALAIKUM

WELCOME PALESTINE

Syukur Alhamdulillah.. tahniah kepada para pejuang, pemimpin serta penduduk di Gaza. Finally, tanggal 29 November 2012 mencatatkan sejarah, sebuah kejayaan bagi bumi Palestin apabila telah diberi pengiktirafan secara rasminya oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai sebuah negara atau dalam PBB diistilahkan sebagai anggota pemerhati setelah penantian selama 65 tahun.

Keputusan undian pengiktirafan negara Palestin:
138 negara bersama (setuju), 9 negara menentang, 41 negara berkecuali.

Negara yang menyokong :

 Afghanistan, Algeria, Angola, Antigua and Barbuda, Argentina, Armenia, Austria, Azerbaijan, Bahrain, Bangladesh, Belarus, Belgium, Belize, Benin, Bhutan, Bolivia, Botswana, Brazil, Brunei, Burkina Faso, Burundi, Cambodia, Cape Verde, Central African Republic, Chad, Chile, China, Comoros, Costa Rica, Cuba, Cyprus, Denmark, Djibouti, Dominica, East Timor, Ecuador, Egypt, El Salvador, Equatorial Guinea, Eritrea, Ethiopia, Finland, France, Gabon, Gambia, Georgia, Ghana, Greece, Grenada, Guinea, Guinea-Bissau, Guyana, Honduras, Iceland, India, Indonesia, Iran, Iraq, Ireland, Italy, Ivory Coast, Jamaica, Japan, Jordan, Kazakhstan, Kenya, Kirghistan, Kiribati, Kuwait, Laos, Lebanon, Lesotho, Liberia, Libya, Liechtenstein, Luxembourg, Madagascar, Malaysia, Maldives, Mali, Malta, Mauritania, Mauritius, Mexico, Morocco, Mozambique, Myanmar, Namibia, Nepal, New Zealand, Nicaragua, Niger, Nigeria, North Korea, Norway, Oman, Pakistan, Peru, Philippines, Portugal, Qatar, Qatar, Russia, Sao Tome and Principe, Saudi Arabia, Senegal, Serbia, Seychelles, Sierra Leone, Solomon Islands, Somalia, South Africa, South Sudan, Spain, Sri Lanka, St. Kitts and Nevis St. Lucia, St. Vincent and the Grenadines, Sudan, Suriname, Swaziland, Sweden, Sweden, Switzerland, Switzerland, Syria, Tajikistan, Tanzania, Thailand, Costa Rica, Trinidad and Tobago, Tunisia, Turkey, Turkmenistan, Tuvalu, UAE, Uganda, Ukraine, Uruguay, Uzbekistan, Venezuela, Vietnam, Yemen, Yemen, Zambia, and Zimbabwe  

Negara Yang menentang:

Canada, Czech Republic, Israel, Marshall Islands, Micronesia, Nauru, Palau, Panama, and the United States of America (USA).

Negara yang Berkecuali:


 Albania, Andorra, Australia, Bahamas, Barbados, Bosnia and Herzegovina, Bulgaria, Cameroon, Colombia, D.R. Congo, Croatia, Estonia, Fiji, Germany, Guatemala, Haiti, Hungary, South Korea, Latvia, Lithuania, Macedonia, Malawi, Republic of Moldova, Monaco, Mongolia, Montenegro, Netherlands, Papua New Guinea, Paraguay, Poland, Romania, Rwanda, Samoa, San Marino, Singapore, Slovakia, Slovenia, Togo, Tonga, UK, Vanuatu.


#SAVEGAZA

Wednesday 10 October 2012

HATYAI 2012

Posted by Unknown at 2:57 pm 0 Peoples love this entry ^^
ASSALAMUALAIKUM

Hai u all. Fuh ! Finally aku dapat jugak update blog. Sooo busy lately. Cem gini la aku kalau dah start kuliah. No time for update blog tapi kalau update status kt fb sempat plak. Ngeeee.  ok enuf !

For this entry aku nak share pic-pic aku melawat Hatyai. Sebelum ni aku ada update  pasal g Thailand kan kat entry Trip to Thailand.
On that time aku g under my Uni. Kali ni aku g jejalan ngan member Uni aku plak. Memang superb hapening la nak habaQ mai. Ha3

Disebabkan sem ni sem terakhir aku so kitorang plan nak g la melancong lancong. Actually banyak tempat lagi yang kitorang plan. Tapi salah satunya Hatyai la. Syurga Shopping babe ! wuuuu ^^

Jom usha usha pic aku ngan kekawan aku kat Hatyai. Jangan jeles tau ! ngeee :)

Di Bukit Kayu Hitam

                              

dok sensorang je atas bas. sob3 :(

 Nora Plaza






Tang Kuan Hill










view Hatyai
















Bajet nyeww


 Pantai Shamila





statue kucing & tikus    


Jejak Kaki kat Pantai Shamila

statue Ikan Duyung

topi sulam. chantek

berGaya


 p/s : kalau honeymoon kat Hatyai pn best jugak kan. Barang pn murah. ngeee ^^







Sunday 2 September 2012

Home Made Chocolate

Posted by Unknown at 5:52 pm 0 Peoples love this entry ^^
ASSALAMUALAIKUM

ini la home made chocolate !
                             
 Hai readers ! Entry kali ni aku nak promot Home Made Chocolate( HMC) atau bahasa Melayu nya Rumah Buat Coklat. Hahaha ^^ Memang Melayu sungguh kan.  Tak lah,, hehehe Coklat Buatan Sendiri sebenarnya.  Nowadays kan chocolate ni dah jadi feveret, so aku bukak pelung untuk korang yang belum pernah rasa lagi boleh la try dulu. Yang pernah makan kalau teringin nak lagi pun dialu-alu kan untuk tempah kat aku.

Sebelum ni aku pernah dah jual HMC kat Hostel aku, dan alhamdulillah sambutan amat menggalakkan. Sesiapa yang tengah mencari2 doorgift/ hantaran perkahwinan, hadiah birthday/ anniversary atau pun tengah mencari2 hadiah untuk yang tersayang, anda boleh try jadikan homemade chocolate as your gift.

Terdapat pelbagai jenis perisa, warna, bentuk dan jenis yang boleh anda pilih. For those yang berminat untuk membuat pesanan HMC boleh contact aku kat Fb Alwanis Rozi untuk mengetahui lebih detail lagi tentang design yang korang nak ke, perisa yang korang suka ke atau apa2 saja yang berkaitan dengan coklat ni.



Example Home Made Chocolate :


terdapat pelbagai jenis bilangan dan bentuk

Contoh di atas anda boleh dapati dalam pelbagai jenis bilangan. Mengikut permintaan anda :)

2 biji = RM 2.00
4 biji = RM 3.00
6 biji = RM 5.00


Coklat Oreo 

pelbagai jenis pilihan gambar yang menarik dan comel ^^

coklat bersalut oreo
Coklat Oreo= RM 2.00

Doorgift
as a gift untuk yang tersayang
Harga Doorgift mengikut bilangan huruf dan hiasan 


Chocolate Lolipop
RM 1.50

RM 1.50


p/s : Harga tidak termasuk postage. Harga boleh dirunding. Dijamin Halal dan Sedap

Friday 24 August 2012

Sayang Abah

Posted by Unknown at 10:35 pm 0 Peoples love this entry ^^
ASSALAMUALAIKUM 

^^

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tp tahukah kita, sebenar nya ayah lah yg mengingatkan ibu utk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tp tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dgn wajah yg letih ayahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ?

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jgn minum ais!".Tp tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dgn tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Krn bagi ayah, kita adlh sesuatu yg sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kpercayaan nya...Maka ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah mghantar kita ke sekolah @ kolej untuk belajar..

Di saat kita memerlukan ini-itu, utk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi .Tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dngan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bhw ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis krn ayah sangat bahagia..Dan diapun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg utk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita..

p/s : cerita ni macam abah aku. siyes aku x tipu. Abah aku sanggup buat apa sahaja untuk kami adik beradik. Even kalau tengah malam pun aku mintak apa2 pn ayah aku sanggup bawak aku p kedai. Sumpah aku sayang ABAH aku :)



Untuk Awak

Posted by Unknown at 10:12 pm 0 Peoples love this entry ^^
ASSALAMUALAIKUM


nukilan ini khas untuk 'awak'

saya hormati awak...
saya sayang awak...


saya hormati ketegasan awak..
tapi..kalo boleh janganla terlalu tegas dalam semua hal...
kadang-kadang awak perlu berlembut..
lembut tidak bermakna lembik..

saya tau awak garang...
tapi janganla terlalu garang..
hingga semua orang takut...
nanti..bukan orang takut..
orang makin membenci..

saya tau awak serious orangnya..
tapi jangan la senyum pun susah...
senyum kan sedekah..
senyum kan bagus..
nanti awak nampak lagi muda..

saya tau awak sensitif..
tapi janganla hal kecik pun nak terasa..
ala..hal kecik je..
bukan awak rugi apa-apapun..

saya tau awak bukan pemarah..
tapi janganla sesekali menampakkan awak begitu..

saya tau awak kadang-kadang naik angin sebab perkara yang perlu...
tapi lagi baik awak bersabar dan fikir dari semua sudut sebelum apa-apapun..
kalau terburu-buru nanti mungkin awak akan tersalah langkah atau buat keputusan yang tidak berapa bijak...
dan..menyesal..

akhir sekali..
awak kena sentiasa muhasabah diri..
hari ini perlu lebih baik dari semalam..
hari esok perlu lebih baik dari hari ini..

mohon kepada Allah agar sentiasa mendapat rahmatNya..
mohon agar Allah sentiasa membantu kita untuk menjadi muslim yang sejati..


saya rasa setakat itu sahaja dari saya khas buat awak...

wasalam...

p/s : 'awak' dalam nukilan ni macam aku ja..hehe..sori everybody~ (^_^)v

maafkan aku :(

Maaf

Posted by Unknown at 10:06 pm 0 Peoples love this entry ^^
ASSALAMUALAIKUM 

Hari ini saya dapat satu cerita. Fasal 'maaf'. Terima kasih kepada yang berkongsikan cerita itu kepada saya. Panjang sikit benda ni. Nama pun 'cerita'. ^^

------------------------------------------------------------------

Seorang lelaki, amat mencintai seorang perempuan. Lalu bergerak untuk menikahi perempuan yang dia cintai. Perempuan itu, merasakan dirinya terpaksa, dan di awal ketika lelaki itu melamar, perempuan itu bercerita itu dan ini kepada rakan-rakannya, sedangkan perempuan itu tidak mengenali lelaki itu dengan baik pun ketika itu.

Masa berjalan. Nyata sepanjang mereka menjalani proses ta'aruf semasa pertunangan, lelaki itu berbeza daripada apa yang disangka perempuan itu sebelum ini. Tetapi telah terlepas cerita, perasaan tidak senangnya, kepada rakan-rakan yang mengenali. Cerita itu berpindah dari mulut ke mulut, ditokok tambah, disalah faham, dan akhirnya Lelaki itu ditohmah, dicerca, difitnah. Seperti penjenayah layaknya dia dalam hubungan itu.

Lelaki itu pernah berkata: "Wahai tunangku, bersihkanlah semula namaku. Tidakkah engkau sekarang bahagia?"

Perempuan itu menjawab: "Alah, perkara sudah berlalu. Janganlah dikau simpan di dalam hatimu. Kita kena memaafkan orang. Jadi pemaaf."

Mudah. Lelaki itu tersenyum kelat. Dan diam.


Masa berjalan, dan mereka selamat melangsungkan perkahwinan.

Sehari selepas itu, lelaki itu membawa isterinya ke satu padang.

"Pinjam phone awak, sayang."

"Nah. Nak call siapa? Kenapa tak pakai awak punya phone?" Isterinya bertanya.

Tanpa menjawab, lelaki itu terus melempar telefon isterinya ke hujung padang.

Si isteri terdiam.

Kemudian lelaki itu memandang kepada isterinya.

"Maafkan saya." Dia bersuara.

Si isteri masih tergamam. Lelaki itu pergi ke hujung padang, dan mengambil telefon bimbit itu semula. Casingnya telah retak.

"Nah, saya bagi semula. Maafkan saya." Lelaki itu meletakkan telefon isterinya pada tangan isterinya.

"Ke... kenapa...?" Isterinya terketar-ketar. Perasaan bercampur baur. Matanya bergenang.


Lelaki itu sekadar tersenyum.

"Awak. Lihat. Apakah apabila saya minta maaf kali pertama itu, phone awak akan kembali, kalau saya tidak pergi ambil?"

Diam.

"Kemudian awak lihat. Apakah apabila saya minta maaf kali kedua itu, phone awak yang dah retak ini, terus menjadi seperti sebelum saya baling?"

Diam. Air mata mula mengalir.

"Dan bayangkan kalau saya tidak ambil semula. Dan saya sekadar cakap pada awak: Maafkanlah saya. Kita kena memaafkan orang. Jadilah pemaaf. Apa awak rasa? Apakah phone awak akan automatik kembali kepada tangan awak dalam keadaan baik?"

Dan air mata itu mengalir deras.

"Sayang, maaf tidak boleh memutarkan waktu. Dengan kita bersungguh menebus kesalahan kita, cuba perbaiki keadaan yang telah kita kucar-kacirkan, pun tetap tidak boleh memutarkan waktu. Yang terjadi telah terjadi. Tetapi sekurang-kurangnya, itu menunjukkan kesungguhan kita dalam meminta maaf, menenangkan sedikit, mengubat sedikit, hati orang yang telah kita lukakan."

"Hati saya lebih fragile daripada phone awak, awak tahu?" Dan lelaki itu menarik perempuan itu pada dakapannya. "Awak kena tebus salah awak, dengan menjadi isteri yang baik kepada saya."

Dan perempuan itu tidak mampu berkata-kata.

Pada kala itu, di dalam jiwanya hanya ada satu harapan:

"Kalaulah boleh diputarkan masa. Sungguh, dia selama ini telah melukakan orang yang amat mencintainya.


------------------------------------------------------------

Moral of the story, macam itulah kita. Kita ini, kadang-kadang bila buat salah pada orang, kita senang sahaja nak claim pada orang itu agar jadi pemaaf. Sedangkan, kita pula, meminta maaf sambil lewa sahaja.

Kita terlupa, bila kita ketuk paku pada dinding, kalau kita cabut balik semula pun, bekasnya tetap masih ada.

Maka sebaiknya kita berfikir 1000 kali sebelum sakitkan hati orang, fitnah orang, cerca orang, dan kalaulah 'ter'buat juga, usahalah bersungguh-sungguh menebus kesalahan kita. Jangan sekadar pandai mengucap 'maaf' sahaja

Raya 2012

Posted by Unknown at 4:40 pm 0 Peoples love this entry ^^
ASSALAMUALAIKUM

Taqabbalallahu minna wa minkum (acecece aku BERarabic sat nooh ! ) he3 ^^.  Rasanya belom terlambat lagi kan aku nak wish Selamat Hari Raya Aidil Fitri Minal Aidil Wal Faizin untuk semua yang mengenali aku. Especially for kawan2 Sekolah Kebangsaan Jejawi (SKJ) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau (SMKAA) Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) and lastly bebudak Universiti Utara Malaysia (UUM).
fuh ! panjang nooh perjalanan aku nak sampai ke tahap ni. Soooo, no wOnder la kan kalau aku ada ramai kawan.. bahahaaha.. kau bajet femes la Alwanis . teee hee ^_^

For this entry aku xmo merapu meraban sangat. Just nak share ngan korang pics hari raya aku jer ! hehe. haippp bukan nak riak ok. But more to share my happiness di hari raya. Sunpah aku cakap Hari Raya antara  hari yang paling happening untuk aku. Enosen x ??? ahaks ^_-

Tadaaaaaaa !!! Here are a few of our raya pics.. We celebrated pagi raya at my house but unfortunately x sempat nak snap sempat rush nak balik kampung. So korang layan je la pics 2nd day Hari Raya aku nooh ..



cousins and makcik2


my family with tok with candid style ^^

again my family . skema style. haha
still not perfect. another two families not here !
aku terjumpa pic first day aku. kulihat hijau. tee he

Friday 3 August 2012

Tempahan Kuih Raya

Posted by Unknown at 11:12 am 2 Peoples love this entry ^^
ASSALAMUALAIKUM

Harga runtuh ! Harga runtuh ! hello readers, tak lama lagi kan dah nak raya. So, for those yang nak beli kuih raya boleh la tempah kat aku. Cuti sem ni aku ada buat jual kuih raya likes samperet , kuih makmur and tart nenas.Tapi, just untuk area PERLIS sahaja. huhuhu ^^ 

1 balang RM15 sahaja. 1 balang ada 50 biji. 

kuih samperet

kuih makmur

kuih tart nenas
p/s :  so kalau anda berminat blh pm aku kat facebook.  serius buyers only !

Tuesday 24 July 2012

Bahana Mercun

Posted by Unknown at 9:24 pm 1 Peoples love this entry ^^
ASSALAMUALAIKUM

Hai readers, Salam Ramadhan al Mubarak. Aku tetiba ended up kat sini sebab nak story mory dengan u ols bout bahana main mercun. Kisah ni baru jer jadik petang tadi. Anak jiran sebelah umah aku melecur kat badan sebab kena sambar dengan api angkara terkena percikan bunga api. Babe, tu baru bunga api dah melecur setengah badan cuba hampa pikiaq tengOk mercun bola, meriam buluh yang  bebudak la ni suka main effect nanti cam na ?? Scary kOt ! janganla sampai jadi macam ni. Kesian ibu mengandung tengok. sob ! sob ! sob !

aku curik dari syeikh google

For readers semua, please la jangan excited sangat dengan benda alah ni. Bersyukurlah sebab korang dilahirkan dengan sempurna tup tup hilang jari la mata buta la and segala bagai yang tragis ! (emo plak kan aku). Tak kira Tak kira nak emo jugak. kalau dah gian sangat, main je mercun pop-pop sambil dengar lagu Kpop, ingat ! Kpop bukan M-pop. ha3 ^^ tetiba plak kan aku ni. Haishh. Btw, jangan salahkan ibu yang mengandung aku okies. ahaks ^_^

INGAT !!!!!!!!


hoiiii, stay away dari mercun !!

p/s : main tweet xpe jgn "tweet" mercun.



Monday 23 July 2012

Imam Terawih

Posted by Unknown at 9:24 pm 0 Peoples love this entry ^^
ASSALAMUALAIKUM

google maaa ^_^

Sekarang dah jadik trend masjid2 kt KL terutamanya, ops ! (sorry orang KL) panggil org arab daripada mokah atau madinah jd imam terawih. Kos tinggi weyh bawak pak arab ni mai Mesia. Bagi den ianya satu pembaziran. Elok kos yg pihak masjid bagi utk imam jemputan ni sedekah untuk rakyat Somalia atau rakyat Palestin. Betul tak ? Betul tak ?

Kelebihan Pak imam arab yg dijemput ni la buat jemaah terawih mai berduyun duyun (alhamdulillah) . Yolah sbb bacaan quran diorang best. Korang pun faham yg org melayu ni mai terawih cumo yang awal2 ja. Bila dah dekat nak habis posa bizi shopping dgn bakar lomang maa. Even jemaah terawih ramai smpi penghujung ramadhan, tp solat fardhu subuh totap 1 saf gak macam bulan2 biasa. Aku g subuh dengan bapak aku 2 saf pun tak sampai untuk lelaki . Sob ! Sob !

bak kata sorang member FB aku : "Ini sudah kes munafik. Yg sunat ramai tp yg wajib hampir xdo org. Mako imam arab yg dijomput korang sbnrnya sudah menjadi 'BERHALA' dlm msjd. Tanpo imam arab, org x poie terawih. Bilo ado imam arab, baru ramai org poie terawih. Korang nmpk x yg publik poie terawih bukan krn Allah tetapi krn pak imam arab yg dijomput oleh ajk masjid." Even agak kasar tapi ada betOi jgak kan ?? fikir2kanlah.
 
Actually, apa guna kalau buat Program Imam Muda, Buat Sekolah Pondok, Buat Madrasah tapi diorang ni tak diberi peluang untuk menjadi imam .

Alhamduliilah kat tempat aku sepanjang aku p terawih ada jugak la imam muda. Rasa bangga sebentar.^^ Member sekolah aku pun sekarang ada dah jadi imam terawih kat area Perlis ni. Syukur, Alhamdulillah :)

Oh ! Kurma

Posted by Unknown at 1:31 pm 0 Peoples love this entry ^^
ASSALAMUALAIKUM

I dont know why I ended up here, typing some words for this entry. Mungkin sebab aku dah addict dengan blog kot. ampun ! ampun !
Actually, tetiba aku nak berSTORY about KURMA sebab aku bukan lah termasuk dalam golongan yang makan buah kurma especially bila tyme berbuka pose. oh my english ( wat the fish oh my english tetiba ). So, disebabkan my behavior ni la bapak aku suka beleter pot pet pot pet tyme berbuka. Believe me, every year bulan ramadhan bapak aku akan bising dengan aku. haishh ! sob sob  :( tak makan kurma ja pun. Bukan tak baca bismillah. Eleh, itu pun nak bising tuan abah kitew kan ?? hukhuk:( Tapi aku tak lah salahkan bapak aku pun coz i know he wants me ikut sunnah. Lagipun Sunnah is Better than Tradition, right ?

Alhamdulillah, for this Ramadhan aku dah mula berbuka dengan buah kurma and guys guest what my favourite buah sekarang? oho, nope durian although durian still my "raja buah" ; buttttt, Yes ! KURMA. Yup, lately i love to eat KURMA. onyonyonyonyo ^^ hehe:)

Let's wiki bout kurma :)

my favourite kurma, Yusuf Taiyoob

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai pelbagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda SAW. See, Baginda pun suka makan kurma. ^_^

Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :

Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.
(Surah Maryam : 25)

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :

"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air.

(Hadis riwayat Ahmad)


p/s : So, for those yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

 

Miss AL Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review