Saturday 21 July 2012

Tips Kejutkan Bangun Sahur

Posted by Unknown at 8:43 pm
ASSALAMUALAIKUM

gambar hiasan sahaja

Entry ni aku TERdapat idea sebab pengalaman pertama aku berSAHUR pagi tadi liat sungguh sungguh sungguh aku nak bangun. See hOw liatnya aku nak bangun, sampai triple word "sungguh" aku taip. Actually, ada sebab aku susah nak bangun tadi. Aku mendownload movie sampai tak hengat donia. haishh ! donia ! donia. Mau berkali2 mak aku terpekik terlolong panggil aku sahur. Jiran sebelah umah aku pun rasanya boleh tersedaQ bangun sahur. ops^^ maaf puan mak. he3. Janji tak buat dah. Sayang mak, muah3 :)

So, for outsiders yang ada family or member or sapa2 jer yang jenis susah, ketegaQ, payah segala bagai nak bangun sahur, korang try la tips ni. Mana la tahu bOleh membantu. Tapi, watch out jangan gOl terus hamba ALLAH tu. Aku tak akan bertanggungjawab, ok. ! ahaks^^

Try la tips ni. Hopefully membantu :)

1. Pegang anak jari kiri atau kanan sambil memanggil nama dia perlahan2.
2. Sentuh bahu orang yang tidur tu dan goyangkan perlahan lahan sambil panggil nama dia...
3. Renjis air kat muka dia...
4. Tampar tampar manja pipi dia..
5. Tutup kipas/air cond.

Tapi kalau still tak ada effect,

1. Jerit nama dia sekuat hati...
2. Gigit ibu jari kaki dia, macam hantu toyol gigit.
3. Simbah air sebaldi, kalau boleh air rendam baju dalam dan stokin busuk korang.
4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam.
5. Goyang badan dia kuat - kuat dan jerit 'tsunami!' tsunami!

Tapi kalau still tak ada effect gak,

1. Pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia banyak - banyak kali...
2. Pergi dekat dengan dia dan baca je surah Yaasin!

Tapi kalau still tak ada effect gak...Ni je la cara terakhir

1. Panggil je orang masjid atau surau untuk uruskan...kerana Tuhan lebih menyayanginya...Innalillahi wa inna ilaihi roji 'un.

p/s : Guys amacam ? Hebat tak tips aku ? ha3. btw aku ternampak tips ni kat FB. Selamat Bersahur. Jangan ngelat tau.
cc : http://www.facebook.com/BenciBuangBayi


0 Peoples love this entry ^^:

Post a Comment

 

Miss AL Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review