Tuesday 24 July 2012

Bahana Mercun

Posted by Unknown at 9:24 pm 1 Peoples love this entry ^^
ASSALAMUALAIKUM

Hai readers, Salam Ramadhan al Mubarak. Aku tetiba ended up kat sini sebab nak story mory dengan u ols bout bahana main mercun. Kisah ni baru jer jadik petang tadi. Anak jiran sebelah umah aku melecur kat badan sebab kena sambar dengan api angkara terkena percikan bunga api. Babe, tu baru bunga api dah melecur setengah badan cuba hampa pikiaq tengOk mercun bola, meriam buluh yang  bebudak la ni suka main effect nanti cam na ?? Scary kOt ! janganla sampai jadi macam ni. Kesian ibu mengandung tengok. sob ! sob ! sob !

aku curik dari syeikh google

For readers semua, please la jangan excited sangat dengan benda alah ni. Bersyukurlah sebab korang dilahirkan dengan sempurna tup tup hilang jari la mata buta la and segala bagai yang tragis ! (emo plak kan aku). Tak kira Tak kira nak emo jugak. kalau dah gian sangat, main je mercun pop-pop sambil dengar lagu Kpop, ingat ! Kpop bukan M-pop. ha3 ^^ tetiba plak kan aku ni. Haishh. Btw, jangan salahkan ibu yang mengandung aku okies. ahaks ^_^

INGAT !!!!!!!!


hoiiii, stay away dari mercun !!

p/s : main tweet xpe jgn "tweet" mercun.



Monday 23 July 2012

Imam Terawih

Posted by Unknown at 9:24 pm 0 Peoples love this entry ^^
ASSALAMUALAIKUM

google maaa ^_^

Sekarang dah jadik trend masjid2 kt KL terutamanya, ops ! (sorry orang KL) panggil org arab daripada mokah atau madinah jd imam terawih. Kos tinggi weyh bawak pak arab ni mai Mesia. Bagi den ianya satu pembaziran. Elok kos yg pihak masjid bagi utk imam jemputan ni sedekah untuk rakyat Somalia atau rakyat Palestin. Betul tak ? Betul tak ?

Kelebihan Pak imam arab yg dijemput ni la buat jemaah terawih mai berduyun duyun (alhamdulillah) . Yolah sbb bacaan quran diorang best. Korang pun faham yg org melayu ni mai terawih cumo yang awal2 ja. Bila dah dekat nak habis posa bizi shopping dgn bakar lomang maa. Even jemaah terawih ramai smpi penghujung ramadhan, tp solat fardhu subuh totap 1 saf gak macam bulan2 biasa. Aku g subuh dengan bapak aku 2 saf pun tak sampai untuk lelaki . Sob ! Sob !

bak kata sorang member FB aku : "Ini sudah kes munafik. Yg sunat ramai tp yg wajib hampir xdo org. Mako imam arab yg dijomput korang sbnrnya sudah menjadi 'BERHALA' dlm msjd. Tanpo imam arab, org x poie terawih. Bilo ado imam arab, baru ramai org poie terawih. Korang nmpk x yg publik poie terawih bukan krn Allah tetapi krn pak imam arab yg dijomput oleh ajk masjid." Even agak kasar tapi ada betOi jgak kan ?? fikir2kanlah.
 
Actually, apa guna kalau buat Program Imam Muda, Buat Sekolah Pondok, Buat Madrasah tapi diorang ni tak diberi peluang untuk menjadi imam .

Alhamduliilah kat tempat aku sepanjang aku p terawih ada jugak la imam muda. Rasa bangga sebentar.^^ Member sekolah aku pun sekarang ada dah jadi imam terawih kat area Perlis ni. Syukur, Alhamdulillah :)

Oh ! Kurma

Posted by Unknown at 1:31 pm 0 Peoples love this entry ^^
ASSALAMUALAIKUM

I dont know why I ended up here, typing some words for this entry. Mungkin sebab aku dah addict dengan blog kot. ampun ! ampun !
Actually, tetiba aku nak berSTORY about KURMA sebab aku bukan lah termasuk dalam golongan yang makan buah kurma especially bila tyme berbuka pose. oh my english ( wat the fish oh my english tetiba ). So, disebabkan my behavior ni la bapak aku suka beleter pot pet pot pet tyme berbuka. Believe me, every year bulan ramadhan bapak aku akan bising dengan aku. haishh ! sob sob  :( tak makan kurma ja pun. Bukan tak baca bismillah. Eleh, itu pun nak bising tuan abah kitew kan ?? hukhuk:( Tapi aku tak lah salahkan bapak aku pun coz i know he wants me ikut sunnah. Lagipun Sunnah is Better than Tradition, right ?

Alhamdulillah, for this Ramadhan aku dah mula berbuka dengan buah kurma and guys guest what my favourite buah sekarang? oho, nope durian although durian still my "raja buah" ; buttttt, Yes ! KURMA. Yup, lately i love to eat KURMA. onyonyonyonyo ^^ hehe:)

Let's wiki bout kurma :)

my favourite kurma, Yusuf Taiyoob

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai pelbagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda SAW. See, Baginda pun suka makan kurma. ^_^

Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :

Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.
(Surah Maryam : 25)

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :

"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air.

(Hadis riwayat Ahmad)


p/s : So, for those yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

Saturday 21 July 2012

Tips Kejutkan Bangun Sahur

Posted by Unknown at 8:43 pm 0 Peoples love this entry ^^
ASSALAMUALAIKUM

gambar hiasan sahaja

Entry ni aku TERdapat idea sebab pengalaman pertama aku berSAHUR pagi tadi liat sungguh sungguh sungguh aku nak bangun. See hOw liatnya aku nak bangun, sampai triple word "sungguh" aku taip. Actually, ada sebab aku susah nak bangun tadi. Aku mendownload movie sampai tak hengat donia. haishh ! donia ! donia. Mau berkali2 mak aku terpekik terlolong panggil aku sahur. Jiran sebelah umah aku pun rasanya boleh tersedaQ bangun sahur. ops^^ maaf puan mak. he3. Janji tak buat dah. Sayang mak, muah3 :)

So, for outsiders yang ada family or member or sapa2 jer yang jenis susah, ketegaQ, payah segala bagai nak bangun sahur, korang try la tips ni. Mana la tahu bOleh membantu. Tapi, watch out jangan gOl terus hamba ALLAH tu. Aku tak akan bertanggungjawab, ok. ! ahaks^^

Try la tips ni. Hopefully membantu :)

1. Pegang anak jari kiri atau kanan sambil memanggil nama dia perlahan2.
2. Sentuh bahu orang yang tidur tu dan goyangkan perlahan lahan sambil panggil nama dia...
3. Renjis air kat muka dia...
4. Tampar tampar manja pipi dia..
5. Tutup kipas/air cond.

Tapi kalau still tak ada effect,

1. Jerit nama dia sekuat hati...
2. Gigit ibu jari kaki dia, macam hantu toyol gigit.
3. Simbah air sebaldi, kalau boleh air rendam baju dalam dan stokin busuk korang.
4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam.
5. Goyang badan dia kuat - kuat dan jerit 'tsunami!' tsunami!

Tapi kalau still tak ada effect gak,

1. Pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia banyak - banyak kali...
2. Pergi dekat dengan dia dan baca je surah Yaasin!

Tapi kalau still tak ada effect gak...Ni je la cara terakhir

1. Panggil je orang masjid atau surau untuk uruskan...kerana Tuhan lebih menyayanginya...Innalillahi wa inna ilaihi roji 'un.

p/s : Guys amacam ? Hebat tak tips aku ? ha3. btw aku ternampak tips ni kat FB. Selamat Bersahur. Jangan ngelat tau.
cc : http://www.facebook.com/BenciBuangBayi


Friday 20 July 2012

Tips Melancong Oversea

Posted by Unknown at 5:14 pm 0 Peoples love this entry ^^
ASSALAMUALAIKUM

ceewah !! alwanis rozi nak bagi tips melancong lah. ha3. Btw, aku tetiba nak buat entry ni sebab dari pengalaman aku sendiri yang 1st time nak ke luar negara aku jadi blank. Alahai cik manis (panggilan bebudak UUM kat aku) kau g thailand ja pun. Bersemangat sungguh aku nak becerita. ahaks^^ 

oh, lupa plak. Bagi sapa2 yang nak tahu pengalaman aku g Thailand ari tu boleh ke entry Trip to Thailand . Mana la tahu tetiba berminat jugak nak ke Phuket especially yang gila shopping, dipersilakan. !  Thailand menanti anda. He2. ok ! ok ! jom ke isu utama. 

Zaman dahulu kala aku bab2 nak packing barang ni memang agak lemah cikit. Bagi aku semua penting. Kadang2 packing barang pun macam nak berpindah randah. Aku memang loser bab2 nak melancong ni. Tak tahu benda apa yang aku should and shouldn't bawak. Tapi bila dah sweet 22 kalau setakat melancong dalam Mesia ni aku agak pro dah la..

Tapi disebabkan luar negara aku TAK PERNAH jejak lagi jadi aku TERfeeling lebih la sikit.. Macam aku g Thailand hari tu penyakit nak sumbat aku mai balikk.. adoyaii.. Jadi nebes semacam jer.. Itu nak bawak ini nak bawak.. Macam nak menetap kat sana jer perasaan masa tu. ha3.. Korang boleh bayang kan betapa kalut malut nya aku ni.. Eh, aku kena bawak apa lagi ni.. Bila buat checklist pun entah apa2 jer aku catit.. sampai iron pun aku nak bawak habaQ hang.. please la redha berkawan dengan aku.. hikhik :) For those yang kenal aku diorang tahu la aku ni agak cerewet jugak bab2 nak g berjalan ni. Tapi alhamdulillah disebabkan mak aku ni pernah ke Bandung dapatlah cikit tips2 bila nak melancong. he3

Disebabkan aku agak free for two months ni aku pun usha2 la tips nak melancong ke oversea.. Dalam hati meronta ronta nak sangat g Korea.. yes ! aku memang peminat tegar k-pop.. Harap maklum, sekian. 

Tips ni aku bagi secara random jer taw. Tak khusus untuk satu negara jer. Asalkan kau pergi oversea boleh la guna tips ni. Lagi pun tips yang aku bagi ni memang WAJIB korang kena ada. Kalau ada tambahan tu atas keperluan masing masing la. Tapi jangan sampai luggage korang terlebih muatan. Kalau sanggup bayar lebih untuk luggage dipersilakan ! i don't care ^^

  • Tiket Flight
Satu kemestian, mesti ada tiket flight, kalau tak dak tiket macam mana hampa nak naik kapal terbang kan. Untuk dapat tiket flight yang murah boleh naik Air Asia tapi hampa kena tempah awal la tak pun masa ada promosi. Now, everyone can fly katanya. Tapi yang jenis kaya raya bila2 hampa nak tempah pun tak pa.

  • Passport
Kalau tak dak passport hai hai bye bye la jawabnya. Kalau boleh 2 minggu sebelum p tu check la tamat tempoh bila. Ini pun sebagai persediaan jugak. Bagi yang 1st time ke oversea boleh p buat kat Jabatan Pendaftaran macam kat tempat aku.

  • Makanan
Bawa sedikit bekalan makanan seperti serunding , biskut , maggie cup , ataupun keropok sebagai kudapan kat sana . Ini sebagai persediaan kalau korang pergi negara yang bukan Islam.  Susah babe nak cari kedai yang betul2 halal. 

  • Ubat ubatan
Bawa juga sedikit ubatan seperti panadol active fast (sakit kepala),  ubat sakit perut (pil chi kit Teck Aun), Ubat tahan muntah (untuk yang mabuk jalan jauh) ,Vicks , minyak cap kapak ataupun balm.Semua ini penting. 

  • Matawang
Tukar duit matawang siap2 sebelum berangkat. Kalau rajin, survey la money exchanger yang offer harga yang reasonable. Walaupun nilai matawang agak tetap, tapi kadang2 ada kedai money exchanger yang tawar harga yang lebih murah. Tapi kalau sesak sangat, dekat airport selalunya ada.

  • Aktifkan Roaming
Kalau korang teringin nak guna henpon time dok oversea kena aktivekan roaming. Kalau korang main redah guna +601**** tu mmg parahlah credit/bil henpon hampa . ! Mahal giler caj telco kat sana. Kalau xmo aktifkan roaming, lebih baik korang beli jer sim kad baru kat negara tu . Save la credit hampa !

  • Toilet
Please jangan ketawa sebab aku bagi tips toilet. Sebab tak semua toilet kat oversea guna 100% ayaQ dalam toilet. Hampa jangan terkejut kalau kat tandas tu cuma ada TISU. Kalau ada ayaQ pun just kat sinki ja untuk cuci tangan so, please please bawak botol ayaQ kosong untuk diisi di sinki untuk dibawa masuk ke dalam toilet.

  • Pakain
Pakaian ni bergantung dengan weather tempat korang nak g. Kalau time tu musim sejuk bawak la sweater, winter coat , stoking yang tebal, mafla dan sarung tangan. Lagi satu kasut better pakai yang jenis tahan lasak like sport shoes or crocs ker.

p/s : Kalau ada yang nak ditambah dipersilakan. Aku pun tak pandai sangat bab2 melancong ni. hehehe

Ramadhan 1433 Hijriah

Posted by Unknown at 10:56 am 0 Peoples love this entry ^^
ASSALAMUALAIKUM

Ramadhan al Mubarak
Memandangkan esok umat Islam kat Malaysia ni akan mula berpuasa den nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Alhamdulillah, sempat jugak kita bertemu Ramadhan kali ni. Akhirnya, Ramadhan datang lagi. yeaayyy !! ^^ 

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: Bahwa sesungguhnya Rasulullah saw. pernah bersabda : Ketika datang bulan Ramadhan: Sungguh telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu untuk puasa, dalam bulan ini pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, Syaitan- Syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilanya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya ( tidak beramal baik didalamnya), sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini). ( HR. Ahmad )

hmmmm,, asal entry ni macam sopan jer ea aku menaip. Ahaks^^ Btw, memandangkan esok kita dah nak mula berpuasa so, den nak kongsi dengan korang niat puasa. Sebab maso den belajaq kat sekolah agama dulu ustaz ngan ustazah ada ajaq  niat puasa. Kalau tak niat puasa boleh batal. Kalau aku dok kat umah, mak aku selalu pesan suruh niat puasa untuk sebulan terus. Kalau terlupa niat dah ada back up. Lebih kurang macam tu la. Yang penting kita niat dalam hati. Allah Maha Mengetahui dan Maha Mendengar.

Jadi sama-sama kita ingat kembali lafaz niat puasa ramadhan jika terlupa dan kelebihan-kelebihan yang bakal diperolehi oleh kita umat Islam di bulan Ramadhan nanti.

Lafaz niat untuk sebulan :

Ertinya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala

 Lafaz niat untuk harian :

Ertinya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala 

Lafaz doa ketika hendak berbuka puasa :

Ertinya : Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.


 Lafaz doa selepas berbuka puasa :

Ertinya : Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Aku jugak nak kongsi antara kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan yang umumnya kita ketahui. Tak salahkan kalau aku nak kongsi as long as benda tu berguna dan kita pun boleh jugak ingat balik ilmu yang kita tahu tapi disebabkan puasa Ramadhan setahun sekali jadi ilmu tu kita jarang guna. Sebab benda ni pun jadi kat aku jugak. huhuhu :(

 Jom  baca kelebihan bulan Ramadhan.
  • Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
  • Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalam pada malam tersebut.
  • Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
  • Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
  • Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan.Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri.Mohonlah keampunan Ilahi di bulan Ramadhan yang mulia itu.
  • Kegembiraaan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.
Hopefully, entry aku ni boleh memberi manfaat kat korang untuk persediaan nak sambut bulan Ramadhan. Semoga kita dapat menunaikan ibadah puasa pada tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. InsyaAllah :)

p/s : jgn lupa mlm ni kita tarawikh ^^

Thursday 19 July 2012

Di Dapur Ibuku

Posted by Unknown at 5:41 pm 0 Peoples love this entry ^^
ASSALAMUALAIKUM

Entry kali ni aku nak citer tempat yang selalu aku lepak setiap kali aku balik perlis. Maklumlah, aku kan study jauh nun di hutan Sintok sana a.k.a UUM. ha3. Agak sengal kan ??? Kecoh macam belajaq kat KL. ^^ Tapiii,, seriously tempat ni memang kalau aku balik rumah jer mesti tempat wajib aku akan p sama ada dengan family ataupun dengan my friends.

Landskap restoran ni memang aku suka. Konsep restoren ni pun ala-ala santai jer. Sesuai la dengan jiwa aku. Aku bila dOk kat umah, member yang akan aku contact ajak lepak sekali selalunya, bukan selalu memang wajib si shipak. Dia ni memang super hot. Sebab dia akan layan semua kerenah aku. he3. Thanks shipak. muah3 ^^



driver kemana jua (,")

tadaaaaa.. Di Dapur Ibuku 



milo taboQ feveret aku



masakan tom yam. hmm.. yummy


Trip to Thailand

Posted by Unknown at 10:26 am 2 Peoples love this entry ^^

ASSALAMUALAIKUM

wah ! Alwanis Rozi g trip la, hahaha.. Thailand ja pun. tapi serious aku cakap ni la pertama kali aku sampai kat sana. even aku oghang perlis repeat oghang perlis tapi just sampai padang besaQ ja.. tu pun dah rasa heaven sangat sebab barang kat situ pn dah macam-macam.. so,, aku amek kesempatan nak kongsi pengalaman aku la kat sana.. memang for those yang shopahorlic, thailand memang sesuai untuk hampa ! harga pun boleh tahan murah and reasonable. trip ni aku bersyukur sangat sebab UUM yang tanggung.. just bawak duit untuk shopping ONLY.. so, boleh bayang tak kalu aku bawak duit untuk shopping saja..hahaha(gelak jahat).. ops3 ^^

oh, lupa plak.. actually aku g Thailand bukan jalan jalan makan minum hirup segala bagai angin Thailand,  tapi sebab Student Mobility Programme.. Nama jer under program tapi kitorang memang berHOLIDAY sungguh kat sana.. Tak terasa ada program pun.. Just p buat lawatan kat Hatyai University dengan Prince Of Songkla.. tempat lain semua berJalan.. ^^ memang marvelous (,")

Antara tempat-tempat yang aku p macam Hatyai,Songkla, Phi Phi Island, Patong Beach dan Phuket. Tempat-tempat ni memang meriah sungguh.. aku x tipu.. foreingner bersepah kat sana.. termasuk  la aku.. ahaks^^ im Malaysian Ok!!

jom ! jom ! teroka gambaq. ^_^

students and staff mobility


Prince of Songkla University, Phuket Campus

with puteri kenari at Phi Phi Island

hotel aku beradu. memang best

Cultural Village

Hatyai University

Phi Phi Island. Alwanis Rozi BERsnokling. ohsem!

infront night club. aku tak masuk ok !

Wednesday 18 July 2012

1st entry

Posted by Unknown at 9:49 am 4 Peoples love this entry ^^
Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah,, baru boleh buat blog baru. Blog lama aku TERdismiss. hahahaha. Tak bley blah ayat. Padahal kena block okies sebab tak update lame sangat. kihkihkih. Hambek kaw !! Lepas ni nak jadik blogger tegar la. cewah ayat^^ . Mohon sabaQ yer. 

p/s : let's keep in touch .
 

Miss AL Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review