Friday, 20 July 2012

Ramadhan 1433 Hijriah

Posted by Unknown at 10:56 am
ASSALAMUALAIKUM

Ramadhan al Mubarak
Memandangkan esok umat Islam kat Malaysia ni akan mula berpuasa den nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Alhamdulillah, sempat jugak kita bertemu Ramadhan kali ni. Akhirnya, Ramadhan datang lagi. yeaayyy !! ^^ 

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: Bahwa sesungguhnya Rasulullah saw. pernah bersabda : Ketika datang bulan Ramadhan: Sungguh telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu untuk puasa, dalam bulan ini pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, Syaitan- Syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilanya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya ( tidak beramal baik didalamnya), sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini). ( HR. Ahmad )

hmmmm,, asal entry ni macam sopan jer ea aku menaip. Ahaks^^ Btw, memandangkan esok kita dah nak mula berpuasa so, den nak kongsi dengan korang niat puasa. Sebab maso den belajaq kat sekolah agama dulu ustaz ngan ustazah ada ajaq  niat puasa. Kalau tak niat puasa boleh batal. Kalau aku dok kat umah, mak aku selalu pesan suruh niat puasa untuk sebulan terus. Kalau terlupa niat dah ada back up. Lebih kurang macam tu la. Yang penting kita niat dalam hati. Allah Maha Mengetahui dan Maha Mendengar.

Jadi sama-sama kita ingat kembali lafaz niat puasa ramadhan jika terlupa dan kelebihan-kelebihan yang bakal diperolehi oleh kita umat Islam di bulan Ramadhan nanti.

Lafaz niat untuk sebulan :

Ertinya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala

 Lafaz niat untuk harian :

Ertinya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala 

Lafaz doa ketika hendak berbuka puasa :

Ertinya : Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.


 Lafaz doa selepas berbuka puasa :

Ertinya : Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Aku jugak nak kongsi antara kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan yang umumnya kita ketahui. Tak salahkan kalau aku nak kongsi as long as benda tu berguna dan kita pun boleh jugak ingat balik ilmu yang kita tahu tapi disebabkan puasa Ramadhan setahun sekali jadi ilmu tu kita jarang guna. Sebab benda ni pun jadi kat aku jugak. huhuhu :(

 Jom  baca kelebihan bulan Ramadhan.
  • Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
  • Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalam pada malam tersebut.
  • Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
  • Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
  • Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan.Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri.Mohonlah keampunan Ilahi di bulan Ramadhan yang mulia itu.
  • Kegembiraaan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.
Hopefully, entry aku ni boleh memberi manfaat kat korang untuk persediaan nak sambut bulan Ramadhan. Semoga kita dapat menunaikan ibadah puasa pada tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. InsyaAllah :)

p/s : jgn lupa mlm ni kita tarawikh ^^

0 Peoples love this entry ^^:

Post a Comment

 

Miss AL Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review