Friday, 24 August 2012

Sayang Abah

Posted by Unknown at 10:35 pm 0 Peoples love this entry ^^
ASSALAMUALAIKUM 

^^

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tp tahukah kita, sebenar nya ayah lah yg mengingatkan ibu utk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tp tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dgn wajah yg letih ayahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ?

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jgn minum ais!".Tp tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dgn tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Krn bagi ayah, kita adlh sesuatu yg sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kpercayaan nya...Maka ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah mghantar kita ke sekolah @ kolej untuk belajar..

Di saat kita memerlukan ini-itu, utk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi .Tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dngan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bhw ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis krn ayah sangat bahagia..Dan diapun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg utk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita..

p/s : cerita ni macam abah aku. siyes aku x tipu. Abah aku sanggup buat apa sahaja untuk kami adik beradik. Even kalau tengah malam pun aku mintak apa2 pn ayah aku sanggup bawak aku p kedai. Sumpah aku sayang ABAH aku :)



Untuk Awak

Posted by Unknown at 10:12 pm 0 Peoples love this entry ^^
ASSALAMUALAIKUM


nukilan ini khas untuk 'awak'

saya hormati awak...
saya sayang awak...


saya hormati ketegasan awak..
tapi..kalo boleh janganla terlalu tegas dalam semua hal...
kadang-kadang awak perlu berlembut..
lembut tidak bermakna lembik..

saya tau awak garang...
tapi janganla terlalu garang..
hingga semua orang takut...
nanti..bukan orang takut..
orang makin membenci..

saya tau awak serious orangnya..
tapi jangan la senyum pun susah...
senyum kan sedekah..
senyum kan bagus..
nanti awak nampak lagi muda..

saya tau awak sensitif..
tapi janganla hal kecik pun nak terasa..
ala..hal kecik je..
bukan awak rugi apa-apapun..

saya tau awak bukan pemarah..
tapi janganla sesekali menampakkan awak begitu..

saya tau awak kadang-kadang naik angin sebab perkara yang perlu...
tapi lagi baik awak bersabar dan fikir dari semua sudut sebelum apa-apapun..
kalau terburu-buru nanti mungkin awak akan tersalah langkah atau buat keputusan yang tidak berapa bijak...
dan..menyesal..

akhir sekali..
awak kena sentiasa muhasabah diri..
hari ini perlu lebih baik dari semalam..
hari esok perlu lebih baik dari hari ini..

mohon kepada Allah agar sentiasa mendapat rahmatNya..
mohon agar Allah sentiasa membantu kita untuk menjadi muslim yang sejati..


saya rasa setakat itu sahaja dari saya khas buat awak...

wasalam...

p/s : 'awak' dalam nukilan ni macam aku ja..hehe..sori everybody~ (^_^)v

maafkan aku :(

Maaf

Posted by Unknown at 10:06 pm 0 Peoples love this entry ^^
ASSALAMUALAIKUM 

Hari ini saya dapat satu cerita. Fasal 'maaf'. Terima kasih kepada yang berkongsikan cerita itu kepada saya. Panjang sikit benda ni. Nama pun 'cerita'. ^^

------------------------------------------------------------------

Seorang lelaki, amat mencintai seorang perempuan. Lalu bergerak untuk menikahi perempuan yang dia cintai. Perempuan itu, merasakan dirinya terpaksa, dan di awal ketika lelaki itu melamar, perempuan itu bercerita itu dan ini kepada rakan-rakannya, sedangkan perempuan itu tidak mengenali lelaki itu dengan baik pun ketika itu.

Masa berjalan. Nyata sepanjang mereka menjalani proses ta'aruf semasa pertunangan, lelaki itu berbeza daripada apa yang disangka perempuan itu sebelum ini. Tetapi telah terlepas cerita, perasaan tidak senangnya, kepada rakan-rakan yang mengenali. Cerita itu berpindah dari mulut ke mulut, ditokok tambah, disalah faham, dan akhirnya Lelaki itu ditohmah, dicerca, difitnah. Seperti penjenayah layaknya dia dalam hubungan itu.

Lelaki itu pernah berkata: "Wahai tunangku, bersihkanlah semula namaku. Tidakkah engkau sekarang bahagia?"

Perempuan itu menjawab: "Alah, perkara sudah berlalu. Janganlah dikau simpan di dalam hatimu. Kita kena memaafkan orang. Jadi pemaaf."

Mudah. Lelaki itu tersenyum kelat. Dan diam.


Masa berjalan, dan mereka selamat melangsungkan perkahwinan.

Sehari selepas itu, lelaki itu membawa isterinya ke satu padang.

"Pinjam phone awak, sayang."

"Nah. Nak call siapa? Kenapa tak pakai awak punya phone?" Isterinya bertanya.

Tanpa menjawab, lelaki itu terus melempar telefon isterinya ke hujung padang.

Si isteri terdiam.

Kemudian lelaki itu memandang kepada isterinya.

"Maafkan saya." Dia bersuara.

Si isteri masih tergamam. Lelaki itu pergi ke hujung padang, dan mengambil telefon bimbit itu semula. Casingnya telah retak.

"Nah, saya bagi semula. Maafkan saya." Lelaki itu meletakkan telefon isterinya pada tangan isterinya.

"Ke... kenapa...?" Isterinya terketar-ketar. Perasaan bercampur baur. Matanya bergenang.


Lelaki itu sekadar tersenyum.

"Awak. Lihat. Apakah apabila saya minta maaf kali pertama itu, phone awak akan kembali, kalau saya tidak pergi ambil?"

Diam.

"Kemudian awak lihat. Apakah apabila saya minta maaf kali kedua itu, phone awak yang dah retak ini, terus menjadi seperti sebelum saya baling?"

Diam. Air mata mula mengalir.

"Dan bayangkan kalau saya tidak ambil semula. Dan saya sekadar cakap pada awak: Maafkanlah saya. Kita kena memaafkan orang. Jadilah pemaaf. Apa awak rasa? Apakah phone awak akan automatik kembali kepada tangan awak dalam keadaan baik?"

Dan air mata itu mengalir deras.

"Sayang, maaf tidak boleh memutarkan waktu. Dengan kita bersungguh menebus kesalahan kita, cuba perbaiki keadaan yang telah kita kucar-kacirkan, pun tetap tidak boleh memutarkan waktu. Yang terjadi telah terjadi. Tetapi sekurang-kurangnya, itu menunjukkan kesungguhan kita dalam meminta maaf, menenangkan sedikit, mengubat sedikit, hati orang yang telah kita lukakan."

"Hati saya lebih fragile daripada phone awak, awak tahu?" Dan lelaki itu menarik perempuan itu pada dakapannya. "Awak kena tebus salah awak, dengan menjadi isteri yang baik kepada saya."

Dan perempuan itu tidak mampu berkata-kata.

Pada kala itu, di dalam jiwanya hanya ada satu harapan:

"Kalaulah boleh diputarkan masa. Sungguh, dia selama ini telah melukakan orang yang amat mencintainya.


------------------------------------------------------------

Moral of the story, macam itulah kita. Kita ini, kadang-kadang bila buat salah pada orang, kita senang sahaja nak claim pada orang itu agar jadi pemaaf. Sedangkan, kita pula, meminta maaf sambil lewa sahaja.

Kita terlupa, bila kita ketuk paku pada dinding, kalau kita cabut balik semula pun, bekasnya tetap masih ada.

Maka sebaiknya kita berfikir 1000 kali sebelum sakitkan hati orang, fitnah orang, cerca orang, dan kalaulah 'ter'buat juga, usahalah bersungguh-sungguh menebus kesalahan kita. Jangan sekadar pandai mengucap 'maaf' sahaja

Raya 2012

Posted by Unknown at 4:40 pm 0 Peoples love this entry ^^
ASSALAMUALAIKUM

Taqabbalallahu minna wa minkum (acecece aku BERarabic sat nooh ! ) he3 ^^.  Rasanya belom terlambat lagi kan aku nak wish Selamat Hari Raya Aidil Fitri Minal Aidil Wal Faizin untuk semua yang mengenali aku. Especially for kawan2 Sekolah Kebangsaan Jejawi (SKJ) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau (SMKAA) Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) and lastly bebudak Universiti Utara Malaysia (UUM).
fuh ! panjang nooh perjalanan aku nak sampai ke tahap ni. Soooo, no wOnder la kan kalau aku ada ramai kawan.. bahahaaha.. kau bajet femes la Alwanis . teee hee ^_^

For this entry aku xmo merapu meraban sangat. Just nak share ngan korang pics hari raya aku jer ! hehe. haippp bukan nak riak ok. But more to share my happiness di hari raya. Sunpah aku cakap Hari Raya antara  hari yang paling happening untuk aku. Enosen x ??? ahaks ^_-

Tadaaaaaaa !!! Here are a few of our raya pics.. We celebrated pagi raya at my house but unfortunately x sempat nak snap sempat rush nak balik kampung. So korang layan je la pics 2nd day Hari Raya aku nooh ..



cousins and makcik2


my family with tok with candid style ^^

again my family . skema style. haha
still not perfect. another two families not here !
aku terjumpa pic first day aku. kulihat hijau. tee he

Friday, 3 August 2012

Tempahan Kuih Raya

Posted by Unknown at 11:12 am 2 Peoples love this entry ^^
ASSALAMUALAIKUM

Harga runtuh ! Harga runtuh ! hello readers, tak lama lagi kan dah nak raya. So, for those yang nak beli kuih raya boleh la tempah kat aku. Cuti sem ni aku ada buat jual kuih raya likes samperet , kuih makmur and tart nenas.Tapi, just untuk area PERLIS sahaja. huhuhu ^^ 

1 balang RM15 sahaja. 1 balang ada 50 biji. 

kuih samperet

kuih makmur

kuih tart nenas
p/s :  so kalau anda berminat blh pm aku kat facebook.  serius buyers only !
 

Miss AL Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review